Semua yang anda perlu tahu
Harga, tempoh siap, domain, hosting, deposit dan sokongan. Tak jumpa jawapan? WhatsApp kami.
Soalan umum tentang laman web
Berapa harga laman web di bizkit.my?
Harga bermula dari PERCUMA untuk Mini Website, RM399 untuk Landing Page, RM999 untuk Multipage (5 halaman), RM1,699 untuk Corporate (10 halaman) dan RM4,699 untuk Web Premium. Kedai online dari RM899 dan Sistem Tempahan RM1,400.
Semua harga tertera di halaman Servis & Harga. Tiada "PM untuk harga".
Berapa lama tempoh siap?
Mini Website siap dalam 24 jam. Pakej laman web lain siap dalam 7 hari bekerja selepas kami terima semua maklumat (logo, gambar dan teks). Jika lewat, anda dapat diskaun 10%.
Web Premium dan Sistem & Dashboard ikut skop projek.
Adakah platform yang digunakan mudah difahami? Boleh saya kemas kini sendiri?
Ya. Kami pilih platform yang mudah digunakan dan ajar anda dalam sesi latihan 30 minit. Untuk perubahan kecil, anda juga boleh WhatsApp kami dan kami uruskan (sehingga 1 jam sebulan dalam tempoh sokongan).
Saya tak pandai teknologi. Boleh ke?
Boleh. Kami uruskan semuanya dari awal hingga laman anda online. Anda hanya perlu isi borang ringkas lebih kurang 10 minit.
Bagaimana untuk mula jika saya berminat?
1. WhatsApp kami atau isi borang Tempah di laman ini.
2. Kami sediakan demo percuma dengan nama bisnes anda.
3. Bayar deposit 50% dan isi borang kandungan.
4. Laman anda siap dalam 7 hari bekerja.
Betul ke Mini Website percuma?
Ya. Ia laman 1 halaman di alamat nama-anda.bizkit.my dengan label "Dikuasakan oleh bizkit.my". Anda boleh naik taraf ke pakej lain bila-bila masa.
Adakah laman web mesra telefon dan Google?
Ya. Semua laman direka responsif untuk telefon bimbit, menggunakan SSL (https), dan disediakan dengan SEO asas supaya mudah ditemui di Google.
Jualan, bayaran & sokongan
Adakah domain dan hosting termasuk dalam pakej?
Domain dan hosting boleh didaftarkan atas nama anda sendiri, atau diurus oleh bizkit.my dengan yuran tahunan yang dinyatakan dengan jelas dalam sebut harga. Mini Website percuma dihoskan di subdomain nama-anda.bizkit.my.
Bolehkah saya guna hosting sendiri?
Boleh. Jika anda sudah ada hosting dan domain, kami pasang laman di hosting anda. Pastikan hosting menyokong keperluan teknikal laman (kami semak dahulu secara percuma).
Adakah bizkit.my akan bantu promote bisnes saya?
Ya. Kami ada servis Google Business Profile (RM400 sebulan, setup RM300) untuk muncul di Google Maps, dan Social Media Content & Growth (RM999 sebulan) dengan 8 video pendek dan 4 poster sebulan. Gabungan kedua-duanya dalam pakej Bizkit Growth RM1,299 sebulan.
Perlu bayar deposit?
Ya. Deposit 50% untuk mula, baki sebelum laman dilancarkan. Retainer bulanan (media sosial dan Google Business Profile) dibayar awal setiap bulan.
Ada kos tersembunyi?
Tiada. Harga termasuk reka bentuk, SEO asas, butang WhatsApp, pautan media sosial, keselamatan dan sokongan untuk 12 bulan pertama.
Apa berlaku selepas 12 bulan?
Anda boleh pilih Pelan Penyelenggaraan RM59 sebulan (atau RM599 setahun) untuk hosting, keselamatan, backup dan kemas kini kecil.
Berapa kali saya boleh minta pindaan?
Dua pusingan pindaan termasuk dalam setiap pakej. Pindaan tambahan dicaj mengikut skop.
Apakah komitmen untuk servis bulanan?
Social Media Content & Growth dan Google Business Profile memerlukan komitmen minimum 3 bulan, kerana hasil pemasaran memerlukan masa untuk kelihatan.
Tiada soalan sepadan. Tanya kami terus.